Sunday 13 November 2011

Wajah ..

Salam,

Dari kiri: Umar, Aqil

Inilah bodyguard kecil QA. Kalau terserempak dengan mana-mana budak kecil sebaya mereka berdua, sudah pasti ingatan akan kembali melayang mengingati karenah si kecil ini. Rindunya Cik Long sama kamu berdua! jika kamu keluh-kesah berdoalah kepadaNya, sentiasa mengingatiNya InsyaAllah, sudah pasti yang sukar itu akan menjadi senang. Satu lagi terapi, pandang dan bermainlah dengan si kecil dengan penuh keikhlasan serta kasih-sayang. Bagi QA, wajah anak-anak kecil ini akan memberikan satu ketenangan yang mendamaikan kerana wajah mereka begitu polos. Mengingati mereka, manatapi wajah mereka akan membuatkan bibir mengukir senyuman. Ada tujuannya bila mana QA mengabadikan wajah-wajah si kecil ini, ianya bukanlah untuk tatapan umum tapi sekadar berkongsi tentang KASIH-SAYANG.


Nota Kaki: Agak-agak nanti wajahnya, matanya, hidungnya, mulutnya sama seperti siapa ya? ibu atau pun abahnya? Impian akan tetap terus dilakari walaupun kesudahannya tidak siapa yang tahu melainkanNya.

- Qaseh.Ada -

  

Sunday 30 October 2011

Once you have loved ...


October 25, 2011 at 2:40am

Nota Kaki: Hanya DIA yang tahu percaturan hati diantara si teruna dan si dara. Kisah lama perlu dikikis kerana ianya sudah tidak punya sebarang pengertian untuk diingati. Moga si teruna dan si dara bahagia dengan jalan yang dipilih, amin.


- Qaseh.Ada -



Monday 10 October 2011

Keimanan Cinta ...

Salam,




Sinopsis Keimanan Cinta, TV9

Menghidapi penyakit yang boleh membawa maut adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh Fazura. Allah SWT telah memberi satu dugaan terhebat kepadanya selain daripada kematian ibu bapanya. Namun, Fazura redha dengan ketentuannya kerana setiap titis darah, hembusan nafas dan degupan jantungnya adalah milik Yang Maha Esa. Dialah yang lebih berhak ke atas kehidupan setiap hamba Nya.

Pertemuan Fazura dengan Tan Sri Yong, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang merupakan salah seorang hartawan Malaysia sesuatu yang tidak dijangka. Menikahi cucu hartawan itu pula langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Kini Allah SWT telah memberinya peluang untuk bercinta kepada kaum adam dengan satu ikatan perkahwinan yang suci.

Perkahwinan tanpa dimulakan dengan cinta… hanya petunjuk daripada Allah SWT. Setelah memohon pada Nya,akhirnya Fazura nekad untuk berkahwin dengan Alan. Namun, ada hati insan lain yang memendam rasa tanpa disedari oleh Fazura. Bagi Azman, wanita sebaik Fazura bukan sepatutnya dimiliki oleh lelaki seperti Alan. Namun, adakah dirinya sesuai untuk wanita seperti Fazura? Dalamkah ilmu agamanya untuk bergandingan dengan Fazura?

Jessica yang muncul dalam kehidupan Fazura sedari kecil mula merasakan manisnya KEIMANAN CINTA Fazura. Setiap insan yang muncul dalam diri Fazura akan menyayangi insan ini. Sempatkah untuk Fazura menyaksikan KEIMANAN CINTAnya subur mekar dalam setiap jiwa insan-insan di sekelilingnya? Kelmarin adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan dan misteri… Saksikan kesudahannya.

Pelakon Keimanan Cinta

Jason Chong, Iqram Dinzzly, Izrenne Azminda dan Adlene Tsen


Pengakhirannya
Fazura pergi jua bertemu PenciptaNya. Bagi Alan, tiada galang ganti cintanya terhadap Fazura. Jessica atau nama Islamnya Jasmin semakin tenang dan bahagia dengan nur Illahi yang semakin hangat terasa disanubarinya. Setiap kejadian, sudah pasti ada hikmah disebaliknya ... jika DIA sentiasa subur dihati dan sanubari setiap insan ... InsyaAllah, setiap kesulitan sudah pasti ada jalan penyelesaiannya begitulah yang terjadi pada Azman. 


Nota Kaki: QA mencari-cari apakah sebenarnya cinta itu? Perlukah cinta itu disulamkan dengan kejujuran tulus-mulus lagi ikhlas? Semoga DIA memberi ilham tentang cinta yang perlu diraih agar ketenangan dan kebahagian diperoleh.


- Qaseh.Ada -



Thursday 6 October 2011

jika ...

Salam,


Jika rindu adalah rasa sakit ...
Jika cinta adalah jiwa dan raga ...
Jika cinta adalah pengorbanan ...
Jika kasih adalah kebahagiaan ...
Jika sayang adalah suatu yang mempesonakan ...

Ikatlah aku dengan pesonaMu
tawanlah aku dengan cinta kepadaMu
tumbuhkan kebahagiaan dalam hidupku
tumbuhkan niat dari semua pengorbananku
di saat ku persembahkan sesuatu untukMu
saat terucap syukurku atas nikmat dariMu
penuhilah rasa sakitku dengan rindu kepadaMu
janganlah mencari kesempurnaan dalam hidup ini
kerana itu tidak akan kita dapatkannya
kesempurnaan hanya milik 'ALLAH Azza Wa Jalla' .... 


Nota Kaki: Adakah QA telah bersedia? Tiada siapa yang tahu aturan hidup kita melainkan DIA Yang Maha Esa.

*pinjam*

- Qaseh.Ada -


Wednesday 28 September 2011

Tentang KEMATIAN ...


Salam,
Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasanubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan.


Artikel: http://ohislam.com/saat-saat-kematian/
Nota kaki: Rasa menggigil satu badan bila memikirkan tentang detik, waktu, cara kematian diri sendiri nanti. Adakah dengan bekalan yang ada pada diri ini mencukupi? Adakah akan terampun dosa-dosa yang ada dalam diri ini? Semoga DIA memberi kesempatan pada diri ini untuk memperbaiki segala kekurangan yang masih terlompang dalam diri ini, Amin. 
- Qaseh.Ada -

Sunday 25 September 2011

aku menyintaimu ...

Salam

Temanku, aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu ... hilanglah cintaku padamu.


Nota Kaki: mampukah segala-galanya diperbetulkan? 

- Qaseh.Ada - 




mencintai aku seadanya ...

Salam

Tiada coretan, hanya gambar menjadi tatapan ... kadangkala, kita perlukan deria untuk mentafsirkan tentang sesuatu. Jika deria tidak terlatih maka, jadilah kita orang-orangan yang tidak peka tentang perasaan.



Nota Kaki: masih jauh rupanya perjalanan ini ...


- Qaseh.Ada -